|
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak |
|
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
|
|
Read more...
|
|
|
Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51 |
|
Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini. Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.
Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.
|
|
Read more...
|
|
|
Surat Terbuka Kepada Pengundi Pematang Pauh |
|
Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.
Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.
|
|
Read more...
|
|
|
Pakatan Rakyat: PAS tidak akan bakar jambatan yang dibina |
|
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS tidak akan membakar jambatan yang
telah dibina bersama Pakatan Rakyat dan tidak berniat untuk mencetuskan
situasi yang menggugat keutuhan perpaduan antara parti-parti komponen
Pakatan Rakyat.
|
|
Read more...
|
|
|
Penjelasan Presiden PAS rungkaikan kegusaran perwakilan |
|
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat
merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu
muqabalah (muzakarah).
|
|
Read more...
|
|
|
UCAPAN YB DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DI ISTANBUL TURKI |
|
Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan yang strategik di peta dunia. Negara-negara umat Islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Umat Islam bertebaran di seluruh dunia sama ada di Timur atau Barat. Mereka merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam, yang mengajak kepada keamanan , keadilan dan persaudaraan antara sesama manusia.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
| Results 1 - 11 of 39 |