|
Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul.
Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat semenara waktu kemudian dikarakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit.
Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri' dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara'a, tayri'an. Maka tasyri' itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.
Dalam menyebut undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj
(beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur
oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur
ayat demi ayat.
Inilah sejarah turunnya al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada
Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan, tetapi mewahyukan juga kepada
masa-masa lain.
Yang dimaksudkan dengan ditutunkan al-Quran di sini islah turun
daripada Loh Mahfuz ke Baitul 'Izzah pada bulan Ramadhan. Inilah
kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa
itu ialah) bulan Ramadhan yang pasanya diturunkan al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah." (al-Baqarah ayat 185)
Sekiranya kita mahu mengetahui yang mana betul dan yang mana salah,
bukalah al-Quran maka di sana tahulah yang mana betul dan yang mana
sebaliknya. Dengan sebab itulah Allah berfirman yang
bermaksud:"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)
Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa ayat 59)
Sekiranya kamu bertelinkah dalam apa-apa masalah sekalipun, kembalilah
kepada al-Quran maka bertemulah yang mana betul dan yang mana salah.
Kebiasaanya orang Islam bertelingkah kerana mereka tidak mengetahui.
Yang tidak mengetahui mestilah kembali kepada al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad s.a.w sehingga apabila kembali kepadanya semua menjadi betul
dan baik. Inilah dia cara Islam.
Kalau tidak mahu kembali kepada al-Quran itu bukan cara Islam dan
sekiranya takut kembali kepada al-Quran, mereka yang berkenaan itu
dikuasai oleh syaitan. Firman Allah yang bermaksud :"Maka sesiapa yang
menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia
berpuasa." surah al-Baqarah ayat 185.
Sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan (yang dia berada di dalam bulan
Ramadhan) di mana bulan itu berlaku sama ada dengan melihat anak bulan
ataupun dengan tidak melihatnya, tetapi disabitkan apabila berlakunya
cuaca yang buruk maka disempurnakan bulan Syaaban itu kepada 30 hari.
Maka selepas itu umat Islam hendaklah berpuasa bulan Ramadhan kerana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah kamu dengan melihat
anak bulan dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Jika
sekiranya dikelamkan kepada kamu (berlaku cuaca buruk) maka
sempurnakanlah bulan Syaaban itu 30 hari."
Kejadian luar biasa di bumi Makkah
Begitu juga dengan bulan Ramadhan, sekiranya anak bulan Syawal tidak
kelihatan, maka dicukupkan puasa Ramadhan sehingga 30 hari. Sekiranya
melihat anak bulan Syawal, maka hendaklah Muslimin menyambut
Aidilfitri, jangan mahu cukupkan puasa Ramadhan sebanyak 30 hari,
perbuatan sebegini adalah haram.
Sebagaimana berlaku di Makkah pada tahun 1998 di mana hari yang ke-28 puasa sudah kelihatan anak bulan.
Ini suatu kejadian luar biasa kerana [enduduk Makkah berpuasa Ramadhan
dalam keadaan cuaca buruk lalu mereka menyempurnakan bulan Syaaban 30
hari dan mereka berpuasa lewat sehari. Tiba-tiba pada hari yang ke-28
anak bulan syawal kelihatan.
Apabila anak bulan Syawal kelihatan walaupun puasa baru 28 hari maka
mereka hendaklah berhari raya paad hari yang ke-29 dan hendaklah diqada
puasa Ramadhan sehari sebagai ganti hari yang ditinggalkan (bagi
mempercukupkan puasa 29 hari).
Ini kerana bulan Islam ini sekurang-kurangnya 30 hari, tidak boleh
lebih dari 30 hari. Firman Allah Taala yang bermaksud:" Dan sesiapa
yang berasa dalam keadaan sakit ataupun dalam keadaan musafir, maka
hendaklah dia mengulanginya paa hari-hari yang lain." - Al-Baqarah ayat
185
Orang yang berkenaan boleh qada pada hari yang lain sebab apa masalah
qada ini diulang buat kali yang kedua? Tujuannya ialah untuk
menjelaskan lagi bahawa sesungguhnya inilah kemudahan yang diberi oleh
Allah SWT kepada mereka yang berkenaan dan boleh jadi ada orang yang
salah faham dalam masalah ini.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan
kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa." Surah al-Baqarah ayat
185
Boleh jadi ada yang memahami bahawa ayat ini memansukhkan ayat yang
terdahulu daripadanya. leh kerana ayat ini kemudian dan ayat yang
terdahulu lain, maka Allah menyebut sekali lagi bahawa sesiapa yang
sakit ataupun musafir, maka hendaklah dia mengulanginya pada hari-hari
lain.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah menghendaki kemudahan kepada kamu
dan Dia tidak menghendaki kepayahan berlaku kepada kami." - Al-Baqarah
ayat 185.
Kamu hendaklah sempurnakan bilangan bulan Ramadhan (masanya) dalam
menunaikan qada puasa yang ditunaikan itu. Jangan kamu meninggalkan
puasa tiga hari dan mengqadakannya hanya dua hari dan seumpamanya.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu membesarkan Allah dengan memuji-Nya." - Al-Baqarah ayat 185
Membesarkan Allah SWT di atas apa-apa yang telah ia beri petunjuk kepada kamu.
Kamu hendaklah membesarkan Allah terutamanya selepas hari raya,
sidunatkan kita berlafaz dengan lafaz takbir, membesarkan Allah di atas
petunjuk yang telah diberi kepada kita di mana tidak ada nikmat yang
lebih besar daripada nikmat Islam.
Dinukilkan daripada buku 'Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah' oleh
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, muka surat 116-123 terbitan Dewan
Muslimat Sdn Bhd 1999.
|