Utama
“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)” PDF Print E-mail
Written by Presiden PAS   
Monday, 26 October 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti  sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.  Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.  Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
 
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009
Last Updated ( Monday, 26 October 2009 )
 
< Prev   Next >

Informasi Alternatif

::WebTV::~Informasi Halwa Naluri~

TVPAS.com

Ahli Parlimen PAS

Blog Pimpinan PAS

Jom Sertai PAS - PAS Untuk Semua

KOLEKSI BUKU



Advertisement

© 2010 Presiden PAS
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
Template Design vfwww.at