Khamis, Mei 17, 2012
   
Text Size

Carian

Surat terbuka kepada pejuang Melayu

Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;”Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya”.

Baca Lagi: Surat terbuka kepada pejuang Melayu

 

Pelajari ilmu secara 'tafaqquh'

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan umat Islam perlu mempelajari ilmu secara 'tafaqquh' iaitu belajar dan mendalami Islam sebaik-baiknya.

"Kita bukan sahaja mengajar atau mengaji tetapi faham Islam itu sebenar-benarnya,"katanya dalam ucaptama majlis Istiadat Konvokesyen Intitut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (Ilham) kali ke-11.

Ini kerana, katanya, umat Islam dituntut memberi peringatan kepada semua supaya mereka berwaspada terhadap ajaran-ajaran sesat, termasuk dalam konsep cara hidup.

"Mempelajari Islam bukan untuk diri sendiri sekadar tahu sahaja, tetapi untuk disampaikan kepada segenap umat kerana ia sudah menjadi tanggungjawab menyampaikan ilmu," katanya.

Malah tegasnya, Allah memilih manusia bertugas di atas muka bumi ini kerana manusia mempunyai fitrah dan naluri untuk menjadi khalifah.

Bagaimanapun katanya, kejahilan umat Islam hari ini hanya menangani dua pendekatan yang menjadi pemandu umat manusia iaitu agama dan ideologi yang berkait cara hidup, politik, ekonomi dan sosial.

"Mereka lupa 'di sana' ada petunjuk Allah yang dinamakan Ad Din yang dibawa oleh Nabi dan Rasul. Bermula Adam a.s ditutup dengan Muhammad SAW," katanya.

 

Baca Lagi: Pelajari ilmu secara 'tafaqquh'

   

Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis

SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

   

PAS dan masyarakat majmuk

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP,  yang dituduh setengah pihak sebagai  fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Baca Lagi: PAS dan masyarakat majmuk

   

Syria di persimpangan jalan

Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat, kerana pemerintahan bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.

Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.

Baca Lagi: Syria di persimpangan jalan

   

Bicara Presiden

Top Headline

Media dan pilihan raya adil

Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule by the people” atau “pemerintahan...

Read More...

Politik haji dan hijrah

PARA jemaah haji yang baru pulang, masih tersemat dalam ingatan mereka laungan talbiyah yang berkumandang di Tanah Suci, bermaksud: “Ya Tuhanku!, ya Tuhanku! tiada sekutu bagimu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan menjadi milikmu.” Diajar oleh...

Read More...

Tafsir Al-Quran

Top Headline

Jin, manusia, masing-masing dibayangi syaitan - Tafsir Surah Al-An'am ayat 112

MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut...

Read More...

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang...

Read More...

Pembuka Kata

Buku Baru

Hubungi Ustaz Harme : 019-2121972

Ucapan Dasar

Kenyataan Media

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Video Terkini

FACEBOOK

Sebarkan

Facebook MySpace Twitter Digg Delicious Google Bookmarks RSS Feed 

E-mail PAS

Sedang Online

Kami ada 27 tetamu online