Jumaat, Mei 24, 2013
   
Text Size

Carian

Dakwaan Umno cetus kebencian

MARANG - Dakwaan pemimpin Umno konon DAP akan menguasai negara sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dengan provokasi perkauman boleh menimbulkan kebencian kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Melayu dan Islam sepatutnya diperkasakan dengan pengetahuan politik, bukannya diperlekehkan melalui media.

Menurutnya, Umno gagal menunjukkan contoh dan sifat Islam sebenar kepada bukan Islam, sebaliknya menonjolkan amalan boleh mencalarkan imej agama suci itu.

“Contoh, tidak adil terhadap semua, rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi,”  katanya.

Menurutnya, Umno tidak perlu menyalahkan parti lain sekiranya Melayu Bumiputera masih lambat mengejar kejayaan bangsa lain kerana Umno sendiri yang menghilangkan jati diri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri  Melayu di Pantai Barat Semenanjung dan kelemahan Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak kerana merebut jawatan untuk mengaut kekayaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan itu memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar perlembagaan.

Pembuka Kata

Kenyataan Media

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Video Terkini

Sebarkan

Facebook MySpace Twitter Digg Delicious Google Bookmarks RSS Feed 

E-mail PAS

Sedang Online

Kami ada 13 tetamu online