Perutusan Hari Kemerdekaan Negara Ke-52 Presiden PAS
Bersempena
dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin
ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan
perjuangan kemerdekaan negara ini.
Mereka
menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di
kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah
menjadi pegawai-pegawai mereka.
Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.
Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan
Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi
dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW.
Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Dan
‘obor’ kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi’e bin Amer kepada
Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub’ie yang
terkenal.
Kata
Rubie, ”Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan
konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri
kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan
pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT”.
Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat”.
Itulah
kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang
didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kita
menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana
mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan
bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana
nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang
menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.
Walau
pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun
tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di
dalam masyarakat kita.
Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.
PAS
akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu
membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada
berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang
berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak
diizinkan oleh Allah SWT.
Untuk
mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang
membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep
kemerdekaan yang kita bawa selama ini.
Sekian, Wassalam
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Pembuka Kata

Kenyataan Media
-
PERINGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA : WABAK POLITIK WANG Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel...
-
Khadam Politik SURAT TERBUKA PRESIDEN PAS KEPADA “KHADAM POLITIK” Di zaman...
- 1
- 2
- 3
- 4
Sedang Online
Kami ada 25 tetamu online




![Ucapan TG Abdul Hadi Awang, 1 Jun 2012 [bhg4] Ucapan TG Abdul Hadi Awang, 1 Jun 2012 [bhg4]](http://i.ytimg.com/vi/LBs_qvkQoTw/2.jpg)
