Sabtu, Julai 31, 2010
   
Text Size

Carian

Isu Menteri Besar Perak

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa walaupun keputusan itu tidak memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi kami sepenuhnya percaya bahawa rakyat akan terus bersama dengan kepimpinan kerajaan terdahulu yang sememangnya telah dipilih secara sah menerusi proses pilihanraya di negeri Perak. 

Dalam menghadapi suasana sebegini, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan, untuk bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu. Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini. Berdasarkan semangat yang sama, PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang. Teruskanlah gerakerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini.

 

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

25 Safar 1431 bersamaan 10 Februari 2010

Pembuka Kata

Kenyataan Media

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

LIVE Terengganukini.Net | Jumaat

Video Terkini

Facebook

Sebarkan

Facebook MySpace Twitter Digg Delicious Google Bookmarks RSS Feed 

E-mail PAS

Informasi Alternatif

Sedang Online

Kami ada 11 tetamu online

Tetamu Bermula 25/02/2010

free hit counter