Kalimah Allah: Tanya KDN, bukan PAS

SHAH ALAM – Presiden PPAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan pendiriannya bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu perlu diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri, bukannya parti itu.
Beliau berkata, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab tersebut.
"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada KDN, kerana hak membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible ini hak KDN.
"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel), semalam.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama berhubung isu tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Hadir sama di program tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian Pas bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar al-Quran.
Beliau dilaporkan berkata, penggunaan kalimah ALLAH itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas hanya diheret ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.
"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?" katanya.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Pembuka Kata

Kenyataan Media
-
PERINGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA : WABAK POLITIK WANG Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel...
-
Khadam Politik SURAT TERBUKA PRESIDEN PAS KEPADA “KHADAM POLITIK” Di zaman...
- 1
- 2
- 3
- 4




![Ucapan TG Abdul Hadi Awang, 1 Jun 2012 [bhg4] Ucapan TG Abdul Hadi Awang, 1 Jun 2012 [bhg4]](http://i.ytimg.com/vi/LBs_qvkQoTw/2.jpg)
